suria

Wiz Khalifa Mahu Berhenti Merokok Kerana Anak

Wiz Khalifa dan tunangnya Amber Rose bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi.
Wiz Khalifa dan tunangnya Amber Rose bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi.
Wiz Khalifa dan tunangnya Amber Rose bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi.

PENYANYI rap terkenal, Wiz Khalifa sedang berusaha meninggalkan tabiat ketagihan merokok selepas tunangnya, model Amber Rose disahkan hamil.

Contactmusic.com melaporkan Khalifa ingin berbuat demikian kerana tidak mahu kesihatan anak dalam kandungan tunangnya itu terjejas selain ingin memastikan Rose selesa tanpa asap rokok.

"Buat masa ini saya merokok di luar rumah kerana tidak mahu bau asap rokok melekat di dalam rumah.

"Secara perlahan-lahan juga saya sedang cuba meninggalkan tabiat merokok dan berharap dapat berhenti sepenuhnya," kata Khalifa.

Pasangan itu yang bertunang pada Mac lalu bagaimanapun enggan mendedahkan jantina anak mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain