Halle Berry dan anaknya, Nahla Ariela Aubry.LOS ANGELES: Keputusan hak penjagaan anak aktres Halle Berry iaitu Nahla Ariela Aubry, 4, bakal diketahui pada minggu ini, lapor laman web TMZ.com pada Selasa lalu.Menurut laporan, sumber-sumber yang terbabit dalam kes itu berkata, peguam-peguam bagi pihak Berry dan bekas kekasihnya, Gabriel Aubry bersetuju untuk menyelesaikan kes itu selepas beberapa bulan perbicaraan berlangsung. Difahamkan, keputusan ke atas permintaan Berry yang menuntut hak penjagaan Nahla sepenuhnya dan berpindah ke Paris, Perancis bersama bakal suami yang juga aktor Olivier Martinez akan diumumkan pada minggu ini.Beberapa sumber turut berkata, hakim memutuskan untuk tidak menghantar keputusan perbicaraan itu secara bertulis kepada kedua belah pihak.Sebaliknya, mereka dikehendaki hadir sendiri di mahkamah untuk mendengar keputusannya.Berry yang pernah meluahkan kekecewaan ekoran tempoh perbicaraan yang berlanjutan sebelum ini, akhirnya boleh menarik nafas lega apabila keputusan kes itu dikatakan bakal diumumkan pada Jumaat ini.