suria

Akui Keluar Bersama, Remy & Maya Hanya Teman Biasa

Remy berkata perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.
Remy berkata perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.
Remy berkata perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Remy Ishak mengakui terkejut dan tidak menyangka tindakannya menikmati makan malam bersama aktres Maya Karin pada malam Rabu lalu menjadi perhatian sehingga mencetuskan spekulasi.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, perkara itu tidak patut diperkatakan dan menjadi isu kerana pada hakikatnya dia dan Maya berjumpa sebagai rakan sahaja.

“Saya tak sangka pula perkara (keluar makan) ini jadi perhatian. Padahal, tiada apa-apa yang berlaku. Saya dan Maya hanya keluar makan seperti mana saya keluar dengan kawan-kawan lain.

“Rasanya, soal kami keluar bersama tidak perlu diperkatakan sebab ia bukan satu isu pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.

Gosip terbaru itu tercetus apabila Remy yang baru putus cinta dengan aktres Tiz Zaqyah dikatakan keluar makan bersama Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33.

Mereka dilihat di sebuah restoran makanan Jepun, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara di sini pada malam Rabu lalu.

Difahamkan, kemesraan dua pelakon itu ketika menjamu selera menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka yang pernah diperkatakan sebelum ini kembali bertaut.

Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktres berdarah kacukan itu, Remy berkata, pada waktu ini dia dan Maya hanya berkawan biasa dan menolak persepsi yang mengatakan mereka mula bercinta.

“Kami hanya berkawan seperti saya berkawan dengan orang-orang lain. Terus-terang memang tiada apa yang serius pada masa ini.

“Saya senang dengan Maya kerana kami sudah kenal lama tetapi tidak bercinta seperti yang didakwa,” katanya dengan nada ceria.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai mesej Twitter yang berbaur sindiran ditujukan kepada penyanyi dan pelakon Aqasha pada Isnin lalu, Remy berkata, dia enggan memberikan sebarang komen dan meminta agar isu itu tidak dibangkitkan.

Mengenai kerjaya, Remy akan terbang ke kota London, United Kingdom dan Paris, Perancis pada malam Khamis (malam semalam) bagi memulakan penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia selama dua minggu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain