suria

ALBUM BARU: 'Wow Jazz 5' Satukan Muzik Global Jazz

ALBUM:Wow Jazz 5

ARTIS: Variasi

EDARAN: Warner Music Malaysia

SEJAK dahulu lagi, irama Jazz sering kali dianggap sebagai sebuah muzik yang bukan diminati ramai.

Namun, berdasarkan kejayaan jualan empat kompilasi terdahulu Wow Jazz, siri seterusnya iaitu Wow Jazz 5 diterbitkan lagi oleh Warner Music Malaysia.

Ini terbukti muzik Jazz kini lebih universal di kalangan masyarakat tempatan.

Menariknya album siri kelima ini, ia mengumpulkan pelbagai irama Jazz mengikut sentuhan dari beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Memuatkan sebanyak 30 buah ciptaan terbaik, ia menampilkan penyanyi jazz lagenda seperti Bobby Darin, Dinah Washington, Dianne Reeves, Bobby McFerrin, Steve Tyrell, Natalie Cole dan Julie London.

Barisan nama itu mungkin jarang-jarang didengar, namun alunan vokal mereka cukup indah untuk didengar seperti lagu Fly Me To The Moon (Julie London), Mona Lisa (Natalie Cole) dan I'll Never Fall In Love Again (Bobbie Gentry.)

Selain itu, lagu-lagu daripada penyanyi Asia seperti Lisa Ono, Jacinta, Sitti dan Kei Kobayashi turut dimuatkan dalam album tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain