BunkfaceKUALA LUMPUR: Seramai 30 artis dalam dan luar negara bakal menjayakan Festival Rockaway 2012 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu (hari ini) bermula pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Marlina Azmi, beberapa kumpulan rock indie terkenal dari luar negara seperti Soulfly, Unearth, MXPX All Star dan Pee Wee Gaskins bakal membuat persembahan istimewa. "Seperti mana penganjuran tahun lalu, kali ini ia turut menampilkan beberapa nama besar dari luar negara yang turut teruja untuk mengadakan persembahan," katanya kepada mStar Online selepas majlis pelancaran festival itu di sini pada Jumaat.Antara tempatan yang turut membuat persembahan adalah Hujan, Bunckface, Gerhana Ska Cinta, Love Mu Butch dan OAG.Dalam pada itu, Mazlina berkata, festival berkenaan diadakan di SIC bersempena perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung pada Ahad ini."Ia adalah salah satu cara untuk memeriahkan pertandingan penting dalam kalendar sukan dunia. Sambutan dijangkakan akan lebih hangat," katanya.Sementara itu Mazlina berkata, pengunjung tidak perlu risau untuk ke lokasi berkenaan kerana pihak penganjur menyediakan perkhidmatan bas pergi dan balik dari stesen KL Sentral."Petunjuk berupa papan tanda turut disediakan di pintu utama KL Sentral bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan bas untuk menyaksikan konsert berkenaan," ujarnya.Tiket masih boleh didapati dipintu masuk festival dengan harga RM178.