suria

Pembedahan Plastik Ubah Wajah Mandy Moore

Perubahan wajah Mandy membuatkan ramai yang tidak sedar akan kewujudannya pada pelancaran butik 'Major Must Have'

NAMPAKNYA usia muda bukanlah satu alasan buat pelakon dan penyanyi Mandy Moore untuk mengubah wajahnya menerusi pembedahan plastik.

Menurut laporan RadarOnline, salah seorang doktor pakar bedah plastik Dr. Anthony Youn, menganggap Mandy, 28, telah melakukan pembedahan plastik pada wajah sehingga ia benar-benar menjejaskan rupa aslinya.

Perubahan wajah Mandy yang begitu ketara itu mula disedari ketika selebriti itu ditemui pada pelancaran butik Rachel Zoe dan Jockey iaitu 'Major Must Have' di West Hollywood, California, Rabu lalu.

"Tidak mungkin wajahnya berubah dengan teknik urutan atau senaman kerana saya suspek dia mungkin telah melakukan suntikan Botox di bahagian dahi sehingga menyebabkan keningnya menjadi rata.

"Dia juga mungkin membuat implan dagu bagi mendapatkan wajah yang lebih bersegi," katanya.

Pada majlis pelancaran 'Major Must Have', ramai yang tidak sedar dengan kehadiran Mandy gara-gara perubahan ketara pada wajahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain