suria

Orkestra Jazz RTM Wakil Negara ke 'JakJazz'

PETALING JAYA: Kumpulan Orkestra Jazz RTM (Radio Televisyen Malaysia) akan akan mengadakan persembahan di konsert Jakarta Jazz Festival (JakJazz) yang menggabungkan pemuzik Jazz seluruh dunia hari ini (Ahad).

Ia akan berlangsung pada pukul 8 malam di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.

Festival yang diadakan sejak Jumaat lalu itu merupakan penganjuran JakJazz yang ke-13 sejak 1988 yang digerakkan oleh tokoh Jazz handalan Indonesia Ireng Maulana.

Menurut Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail selaku pemain piano serta penggubah lagu untuk persembahan, RTM Orkestra akan bekerjasama dengan penyanyi muda Jazz terkenal di Indonesia iaitu Sierra Soetidjo.

"Tujuan gabungan bersama dengan penyanyi Indonesia bukanlah menidakkan kebolehan penyanyi tempatan dari Malaysia tetapi sekadar ingin meberikan kelainan dalam persembahan.

"Malah gabungan bersama artis Indonesia adalah satu strategi pihak penganjur bagi mendapatkan sejumlah penonton bagi menyaksikan festival jazz yang cukup berprestij.

"Lagipun muzik merupakan bahasa penyatuan serta memupuk persahabatan serta keakraban antara dua negara serumpun," katanya menerusi kenyataan media yang diberi kepada mStar Online.

Tambah Mokhzani, pemian piano terkenal Indonesia Andi Wiriantono akan turut menjadi pemain piano jemputan dalam persembahan tersebut.

Seramai 15 ahli muzik terbaik Malaysia telah dipilih bagi mewakili RTM dengan mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu ciptaan komposer-komposer Malaysia.

Bertemakan 'Jazz The Way You Are' antara kumpulan Jazz yang turut membuat persembahan ialah Incognito, Mezzoforte, Jeff Lorber, Eric Marienthal, Jeremy Monteiro, Sonny Emory, Nate Phillips, Ernesto Holman, Ireng Maulana, Idang Rasyidi, Indra Lesmana, Gilang Ramadhan, Tohpati, Dewa Budjana, Dwiki Dharmawan, Barry Likumahuwa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain