Kesibukan dengan kerjaya telah menyebabkan hubungan Taylor dan Conor berakhir. BARU beberapa bula menjalinkan hubungan cinta, pasangan penyanyi Taylor Swift dan Conor Kennedy dilaporkan sudah berakhir selepas sering berjauhan akibat sibuk dengan kerjaya masing-masing."Mereka sudah berpisah sejak sebulan yang lalu kerana masalah jarak yang menyebabkan mereka jarang berjumpa. Perpisahan ini juga dilakukan dengan baik," kata sumber terdekat penyanyi itu. Sumber itu turut memberitahu, pelancaran album terbaru Taylor berjudul RED baru-baru ini juga menjadi punca perpisahan itu kerana jadual Taylor padat sehingga hujung tahun ini.Dalam pada itu, Taylor dikhabarkan ingin memberikan fokus kepada kerjaya muziknya buat masa ini dan tidak mahu memikirkan soal lelaki.