suria

Dian Sastrowardoyo Rasa Seronok Jadi Ibu

Dian Sastrowardoyo
Dian Sastrowardoyo
Dian Sastrowardoyo

AKTRES jelita Dian Sastrowardoyo berasa seronok dengan melayari kehidupan di alam rumah tangga lebih-lebih lagi sejak bergelar ibu kepada putera sulungnya Syailendra Sutowo.

Dian berkata, keseronokan menjaga Syailendra yang kini berusia setahun empat bulan itu membuatkan dia juga jarang muncul dalam dunia hiburan selain memiliki kerja tetap sebagai seorang konsultan di sebuah syarikat.

"Sekarang ini saya begitu sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga. Anak saya pun sudah pandai merajuk dan perlu bercakap dengannya elok-elok sebelum meninggalkan rumah untuk bekerja.

"Kalau boleh saya tidak mahu ketinggalan melihat dia membesar. Sekarang ini Syailendra sudah pandai membuat kecoh di rumah dengan berlari-lari ke sana sini.

"Baru saya faham menjadi ibu amat menyeronokkan," katanya kepada Kapanlagi.

Tambah Dian, dia juga teruja apabila anaknya sudah pandai berkomunikasi dengannya dan suami, Indraguna Soetowo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain