suria

Elizabeth Hurley Gembira Tempoh Pertunangan Dilanjutkan

Liz Hurley dan Shane Warne
Liz Hurley dan Shane Warne
Liz Hurley dan Shane Warne

ELIZABETH Hurley mengakui dia dan tunangnya Shane Warne gembira jika tempoh pertunangan mereka dilanjutkan selama yang mungkin dan masih lagi belum merancang untuk berkahwin buat masa ini.

Menurut laporan majalah Britain, Hello!, aktres dan model berusia 47 tahun itu yang telah mengikat tali pertunangannya dengan pemain kriket Australia, 43, pada September tahun lalu tidak pernah kisah ataupun risau walaupun ramai yang sudah mendesak mereka untuk berkahwin.

"Kami bahagia dan gembira dengan hubungan sepetri ini. Melalui tempoh pertunangan yang panjang amat menyeronokkan.

"Memandangkan ramai keluarga kami menetap di England dan Australia, maka perancangan perkahwinan mestilah sempurna agar kedua-dua belah pihak keluarga gembira. Mungkin kami akan mengadakan majlis di dua buah lokasi," katanya.

Tambah Elizabeth yang pernah berkahwin dengan pewaris tekstil di India, Arun Nayar, anak lelakinya, Damian dan ketiga-tiga orang anak Shane iaitu Brooke, Summer dan Jackson tidak sabar melihat perhubungan mereka ke jinjang pelamin.

"Anak-anak dah mula meminta kami untuk meneruskan perhubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi rasanya masa itu akan tiba tidak lama lagi. Mungkin pada tahun depan," ujar Elizabeth.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain