Chris Brown. PENYANYI Chris Brown mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya selepas berperang menerusi laman sosial itu dengan pelawak Jenny Johnson.Percakaran itu bermula selepas Jenny menulis dia tidak suka kepada Chris dan masih menganggap kekerasan yang dilakukan terhadap Rihanna pada tahun 2009 adalah tidak boleh diterima. Terguris dengan kata-kata itu, Chris turut membalas kenyataan yang dibuat sehingga menyebabkan mereka bertengkar menerusi status yang ditinggalkan di Twitter.Bagaimanapun Chris menyerah dan mengatakan bahawa Jenny adalah wanita tidak waras dan tidak lama kemudian dia menutup akaun Twitternya dan peminat penyanyi itu telah mengancam untuk membunuh pelawak itu.