PETALING JAYA: Penyanyi remaja, Alif Satar akan mengembalikan kegemilangan irama Pop Yeh Yeh menerusi sebuah program terbaru Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjudul Kenangan Mengusik Jiwa.Disiarkan bermula esok iaitu 3 Disember 2012 di TV1, program selama setengah jam ini bakal tampil dengan pengisian yang padat berkaitan era zaman kegemilangan 'Pop Yeh Yeh' sehingga kini. Dengan menyampaikan topik-topik yang menarik, program selama 13 episod ini akan mengupas semula era zaman kegemilangan Datuk Jeffrydin dan A. Ramlie mengenai imej, ikon dan identiti irama tersebut selain fesyen-fesyen yang dikaitkan dengan personaliti seperti Fatimah M.Amin, A.Rahman Hassan dan M.Ishak.Disamping itu, temubual bersama Dato A.Rahman Hassan, Alif Nasir, Lokman Ghani, Ghazali Ismail, Fatimah M.Amin, J.Sham dan ramai lagi turut diselitkan untuk menambah serba sedikit info berkaitan topik dibincangkan.Selain itu, terdapat juga episod yang mengundang Cikgu Yusnor Ef dan A.Rozaini dalam berkongsi kisah-kisah sejarah orama tersebut.Saksikan juga kemunculan generasi baru yang memperkenalkan diri mereka sebagai Kumpulan Salsa Electrica, Rhtym 60’s, Qisqha, The Rogers, Putra Sari, Metallody dan Kumpulan Akasia.Mereka akan menyampaikan lagu popular seperti Kenanganku, Oh Fatimah, Kisah Dan Tauladan, Bibir Mesra Jiwa Parah, Seruan Kasih, Kenangan Mengusik Jiwa, Sumpah Setia, Tak Mengapa, Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Mungkinkah selain Yale-Yale dan La Obe.Episod pengenalan dokumentari muzikal ini akan memaparkan bagaimana bermulanya era zaman 'Pop Yeh Yeh' yang dicetuskan oleh M. Osman pada ketika itu.Dalam pada itu, ia juga memaparkan lagu-lagu yang dipopularkan oleh M. Osman seperti lagu Suzana dan Kasih Berduka.Ia turut menampilkan kumpulan muzik The Refflesia yang masih meminati irama Pop Yeah Yeah selain kemunculan isteri M.osman iaitu Afida Es dan juga anaknya Zulkifli sebagai tetamu.Sementara itu, rancangan ini bukan sekadar berkongsi perkara yang ‘manis-manis’ sahaja, sebaliknya turut membincangkan juga mengenai zaman kemerosotan genre muzik itu.Perbincangan merangkumi faktor-faktor yang menyebabkan era muzik Pop Yeh Yeh semakin muram pada penghujung 1960an dan antara faktornya ialah perubahan citarasa penonton, pengaruh Bollywood, dan banyak lagi.