suria

Elyana Buat Kemunculan Semula Dengan Imej Bertudung

PETALING JAYA: Buat para peminat yang merindui penyanyi dan pelakon berbakat besar, Elyana, dia akan membuat kemunculan semula menerusi drama bersiri terbaru TV2 berjudul Masyitah.

Drama sebanyak 13 episod itu akan disiarkan mulai 5 Disember ini, setiap Rabu, pukul 9.00 malam.

Menariknya, drama yang turut menggandingkannya dengan pelakon Amanda Misbun, Liza Abdullah, Heryanto Hassan, Afida ES, Beego dan Abu Bakar Juah ini, Elyana bakal menghidupkan watak Masyitah dengan penampilannya bertudung.

Ia mengisahkan tentang Masyitah yang ditinggalkan ayah dan ibu di bawah jagaan neneknya sejak kecil lagi setelah berlaku pertelingkahan besar dalam keluarga mereka.

Di sebabkan pertelingkahan itu, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah pulang menjenguk mahupun bertanya khabar kepada Masitah

Masyitah berkawan rapat dengan Azman yang bekerja di Kuala Lumpur (KL) dan ‘cerita-cerita’ Azman tentang keindahan ibu kota membuatkan Masyitah teringin menjejakkan kaki ke bandar besar itu.

Satu hari, neneknya jatuh sakit dan meluahkan hasrat mahu bertemu anak kandung yang begitu dirinduinya. Masyitah serba salah mahu memenuhi hasrat neneknya itu, namun berbekalkan wang simpanan yang ada, wanita itu nekad mencari ibu bapanya di KL.

Ujian demi ujian mula dihadapi sebaik tiba di ibukota. Bermula dengan beg pakaiannya dilarikan pencuri, Masyitah tiada pilihan lain selain tinggal untuk beberapa hari di masjid.

Mujur masih ada orang yang baik hati seperti Ustaz Amin mahu menghulurkan bantuan kepadanya.

Ustaz Amin telah meminta bantuan daripada seorang rakannya yang juga pemilik sebuah restoran untuk memberikan pekerjaan kepada Masyitah.

Dia mula bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran dan Masyitah mula mengenali setiap sudut ibu kota dengan baik dan tetap teguh dengan pegangan agama yang telah diasuh oleh neneknya supaya taat pada agama walaupun gejala buruk berlaku di depan matanya.

Amin yang banyak membantu dia cuba bergantung harap kerana Azman membuang terus dirinya kerana lebih percayakan hasutan keluarganya. Yakin Masyitah gadis terbaik untuk dijadikan isteri membuatkan Ustaz Amin nekad melamar Masyitah.

Situasi itu membuatkan Masyitah semakin berusaha kuat menjejak semula ayah kandung untuk mewalikan pernikahannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain