Antara artis yang akan menjayakan KL Bike 2012.KUALA LUMPUR: Penganjuran KL Bike 2012 bakal diserikan dengan penampilan istimewa artis-artis menerusi sebuah acara yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember ini.Ia akan diadakan di kawasan letak kereta, Jalan Pinang dekat sini. Pengarah Urusan Red Garage Enterprise, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar berkata, selain persembahan artis, pihaknya juga akan mengadakan majlis pelancaran filem Bikers Kental arahan Helmi Yusof terbitan Tayangan Unggul pada hari kedua acara itu."Ini adalah satu kelainan pada penganjuran KL Bikers 2012 apabila buat pertama kali pelancaran filem diadakan yang kebetulan judul filem berkenaan sesuai dengan program ini."Ia bakal menjadi tarikan kerana artis-artis yang terlibat antaranya Awie, Zizan Razak, Bront Palarae dan Amerul Affendi turut akan memeriahkan majlis itu nanti," katanya ketika ditemui pada sidang media KL Bikers 2012 di sini pada Khamis.Dalam pada itu, Muhd Idi berkata, apabila penganjuran tahun kelima acara itu bakal menyaksikan penampilan istimewa daripada pelumba tempatan tersohor Moto GP, Zulfahmi Khairuddin bagi sesi bertemu peminat."Kami memilih Zulfahmi untuk ditampilkan sebagai tetamu khas adalah kerana kejayaannya sebagai pelumba motosikal dan kehadirannya itu nanti mampu memberikan inspirasi kepada pengunjung terutama golongan muda," katanya.Sementara itu, beberapa program baru telah diperkenalkan seperti pertandingan motor tercantik, hasil seni cat terbaik, jualan lelong produk dan 100 buah gerai jualan termasuk penyertaan dari Singapura serta Brunei.Tambah Muhd Idi, artis lain yang turut tampil dalam acara yang diadakan secara percuma itu seperti KoffinKanser, Gerhana Ska Cinta dan Dead Mushroom.