Danish (kiri) mahu terus berlakon bagi membantu keluarga. Foto dipetik dari laman Twitter Danish.KUALA LUMPUR: Pelakon kanak-kanak Danish Zakwan, menganggap cara bagi bintang baru sepertinya untuk berjaya adalah perlu mengetepikan perasaan malu untuk mempromosikan diri kepada pengarah dan penerbit drama.Danish yang berusia 9 tahun berkata, antara langah pertamanya ialah membuat kad nama untuk diberikan kepada pihak-pihak yang berkaitan bidang seni. “Sejak kecil lagi saya mempraktikkan supaya belajar berdikari dengan mempromosikan diri sendiri kepada pihak-pihak tertentu agar menilai kebolehan saya. Jika saya tidak berbuat demikian, saya tidakm akan dapat laksanakan cita-cita saya ini,” ujarnya kepada mStar Online.Malah kata Danish, ketika bapanya iaitu Mohamad Faidzal Mad Jalal, 45, mengalami kemalangan dan tidak mampu bekerja dia memikul tugas bapanya mencari rezeki untuk keluarga."Masa itu keluarga susah dan ayah tidak bekerja jadi saya ingin berlakon untuk mencari wang bagi membantu keluarga. Atas sebab itulah saya tidak malu untuk mempromosikan diri kepada pengarah untuk mengambil saya berlakon," jelasnya.Danish pernah berlakon dalam drama seperti Hijrah Kamila, Ku Hijrah Doa, Dan Bila Esok dan Nak Raya Pun Kecoh bakal muncul dengan telefilem Mat Saintis dan Lukisan.Malah dia juga bakal muncul dengan sebuah filem bersama Syamsul Yusof berjudul KL Gangster 2 pada tahun hadapan.Dalam perkembangan lain Danish turut terlibat dalam teater muzikal Ali Baba dan memegang sebagai Sarjan di samping pelakon seperti Aznil Nawawi, Fizo Omar dan Elfira Loy.Ia akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 29 Disember ini.