Tidak membuang masa, Keena cuba melebarkan sayap kariernya ke Dubai pada 25 Oktober lalu.PETALING JAYA: Bekas finalis Mentor musim ketiga , Keena kecewa kerana penyanyi baru sepertinya tidak mendapat peluang dalam industri hiburan tempatan terutamanya daripada pihak yang menganjurkan sesebuah acara persembahan.Keena, 24, atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab, berkata, setiap kali acara-acara persembahan dianjurkan, pihak penganjur lebih senang menawarkan peluang kepada penyanyi yang sama atau kepada kroni masing-masing. "Sudah tiga tahun saya berada dalam industri tetapi tiada perkembangan yang positif."Mana tidaknya, penyanyi baru sekarang susah nak dapat tawaran membuat persembahan nyanyian kerana pihak penganjur lebih senang menggunakan khidmat penyanyi yang sedia ada," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.Tambah Keena, keadaan itu juga membuatkan dia mengambil langkah baru dengan mencari peluang memperkenalkan bakat di negara luar."Saya cuba pendekatan lain pula dengan menjual bakat nyanyian saya ke luar negara seperti Hong Kong dan Dubai. Malah telah melakukan beberapa persembahan di sana."Alhamdulillah, setakat ini mereka terima kehadiran saya dengan baik sekali," ujarnya.Dalam pada itu, Keena juga bakal mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman popular di negara ini tidak lama lagi serta akan bekerjasama dengan penyanyi dari Kanada untuk berduet dalam sebuah lagu baru."Selain menerima undangan persembahan di luar negara, saya turut bakal menyanyi duet bersama penyanyi dari Kanada."Bagaimanapun sebelum itu saya akan membuat promosi dahulu untuk single lagu kedua saya berjudul Hitam Dan Putih, menampilkan penyanyi dari YouTube iaitu Farhan Haidan.Dalam perkembangan lain, Keena juga sibuk dengan aktiviti lakonan dan terbaru dia sedang menjalankan penggambaran telefilem Abang Misi untuk siaran TV2.Selain itu, Keena bakal melancarkan novel yang ditulisnya sendiri berjudul Cinta Luluh pada tahun depan.* Foto-foto yang dipaparkan ini merupakan milik Keena sepenuhnya.