suria

Sharifah Shahira Mahu Tambah Anak Sebelum Umur 40 Tahun

Shahira berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga sebelum mencecah usia 40 tahun.
Shahira berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga sebelum mencecah usia 40 tahun.
Shahira berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga sebelum mencecah usia 40 tahun.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira atau Shira merancang untuk menambah bilangan cahaya mata sebelum umurnya mencecah usia 40 tahun.

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, berkata, dia percaya kehadiran anak itu nanti akan memeriahkan lagi keluarga besarnya bersama suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 38.

"Saya menerima dengan rasa syukur jika diizinkan untuk mendapat seorang lagi cahaya mata sebelum usia 40 tahun kerana percaya kehadiran anak-anak menyerikan rumah tangga kami suami isteri," jelasnya kepada mStar Online.

Shahira dan Ijoy telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Mat Despatch' suatu ketika dahulu.

Hasil perkahwinan itu kedua-dua mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3.

Shira juga mempunyai seorang lagi anak, Allisya, 14, bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan terbaharu dirinya, Shira berkata, dia kini lebih banyak menumpukan kepada majlis-majlis korporat yang inginkan khidmatnya sebagai pengacara selain beberapa projek lakonan.

Pada peringkat ini dia tidak lagi mengejar populariti sebaliknya cuba mengekalkan apa yang telah dimiliki selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang hiburan.

"Syukur rezeki dalam bidang lakonan dan pengacaraan masih banyak malah tawaran menjadi duta produk juga masih saya terima. Ini semua rezeki untuk keluarga dan anak-anak," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain