Azma Aizal PETALING JAYA: Pelakon Azma Aizal Yusoof semakin kurang menerima tawaran berlakon selepas dia aktif bergelar pengarah drama.Justeru, Azma, 31, berkata, dia berharap penerbit dan pengarah masih berminat untuk memberinya peluang berlakon seperti sebelum ini. "Sejak aktif mengarah drama, semakin kurang tawaran lakonan yang diterima. Saya tertanya-tanya juga kenapa keadaan ini berlaku?"Padahal saya masih berminat dan mencintai dunia lakonan kerana saya bermula dari situ," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.Pengarah drama bersiri Debunga Lalang itu berkata, dia kurang selesa membintangi produksi arahannya sendiri kerana sukar memberikan sepenuh fokus kepada dua tanggungjawab serentak."Saya tidak mahu berlakon dalam drama arahan sendiri walaupun ada platform dan kelebihan itu. Rasa tidak seronok dan puas buat dua kerja serentak."Sebab itu saya masih berharap menerima tawaran lakonan daripada produksi lain seperti mana pelakon lain," jelasnya.Dia juga lebih selesa menghasilkan skrip dan karakter untuk dimainkan pelakon lain berbanding dirinya sendiri."Kalau ikutkan kelebihan yang kita ada, tentu sahaja saya boleh berlakon dalam produksi arahan sendiri."Namun, karya yang saya hasilkan lebih sesuai untuk dilakonkan pelakon lain. Bila buat skrip, saya nampak banyak pilihan pelakon lain sebenarnya," luahnya.