RainSEOUL: Bintang pop terkenal Korea Selatan, Rain, terpaksa menjalani tahanan berek selepas melanggar peraturan apabila berdating dengan kekasihnya ketika dalam latihan iaitu kesalahan besar peraturan tentera negara ini.Jurucakap menteri pertahanan Korea Selatan berkata, pihaknya telah merujuk kesalahan itu kepada lembaga disiplin tentera dan tindakan terhadap Rain wajar dikenakan. “Suruhanjaya tatatertib memutuskan Rain perlu dikenakan tindakan tahanan berek selama tujuh hari atas kesalahannya itu,” kata jurucakap kementerian berkenaan.Penyanyi berusia 30 tahun itu menjalani kerahan tenaga sudah hampir dua tahun yang merupakan peraturan wajib bagi lelaki di Korea Selatan.Minggu lalu Rain dikatakan telah keluar bersama kekasihnya Kim Tae-Hee, 32, seorang bintang drama dengan menaiki kereta dipandu sendiri oleh Rain.Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon, satu nama besar di Korea Selatan antara artis yang berjaya melebarkan popularitinya di banyak negara termasuk Asia.Selepas sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambarnya dengan Kim, laman web kementerian pertahanan negara ini menerima banyak pesanan agar Rain lebih berdisiplin.Kerahan tenaga adalah suatu peraturan yang serius di Korea Selatan bagi mengingati peninggalan peperangan negara ini dengan Korea Utara kerana perang Korea pada 1950 –1953 berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.Semua rakyat negara ini wajib menjalani latihan berkenaan melainkan orang kelainan upaya dan jika sesiapa tidak mematuhinya boleh dikenakan hukuman penjara. - AFP