Brown mengambil keputusan untuk menfailkan saman terhadap Drake selepas insiden pergaduhan melibatkan mereka berdua tahun lalu.CHRIS Brown telah memfailkan saman ganti rugi terhadap penyanyi rap, Drake ekoran pergaduhan di antara mereka di sebuah kelab di New York, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun lalu.Seperti dilaporkan Contact Music, Brown menerusi peguamnya memfailkan saman itu selepas mengambil kira kecederaan yang berlaku kepadanya dan beberapa pengawal peribadi penyanyi lagu With You itu. Malah salah seorang pengunjung pada malam tersebut iaitu pemain bola keranjang, Tony Paker yang juga bekas suami kepada aktres Eva Longoria turut memfailkan saman sama terhadap Drake.Parker mendakwa dia mengalami luka di bahagian mata akibat kejadian itu.Perkelahian tersebut dikhabarkan berlaku berpunca daripada bekas kekasih Brown, Rihanna yang ketika itu dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Drake.Drake pula didakwa dengan sengaja menaikkan kemarahan Brown pada malam tersebut sehingga menyebabkan kepada pergaduhan.