suria

Adam Shah (Juvana) Sanggup Dilabel Lelaki Jahat

Adam mengakui tidak kisah jika dilabel sebagai jahat kerana watak Ayam dalam filem Juvana. - Foto ROHAIZAT DARUS.
Adam mengakui tidak kisah jika dilabel sebagai jahat kerana watak Ayam dalam filem Juvana. - Foto ROHAIZAT DARUS.
Adam mengakui tidak kisah jika dilabel sebagai jahat kerana watak Ayam dalam filem Juvana. - Foto ROHAIZAT DARUS.

PETALING JAYA: Pelakon Adam Shah yang dikenali menerusi drama bersiri Juvana sebelum ini tidak menghadapi masalah sekiranya dilabel sebagai lelaki jahat ekoran watak 'Ayam' yang dipegangnya menerusi karya itu yang turut di filemkan.

Juvana yang bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Januari ini.

Adam, 31, berkata, dia menganggap perkara itu perkara itu sebagai satu petanda baik buat kerjaya seninya.

"Sejak dari versi drama dahulu memang ada orang melabel saya jahat hanya kerana watak Ayam itu dan saya menjangkakan ia akan berterusan apabila filem itu ditayangkan nanti.

"Tetapi saya tidak kisah kerana ia hanya lakonan semata-mata dan watak itu tidak mencerminkan siapa diri saya yang sebenar," katanya kepada mStar Online.

Filem Juvana arahan Faisal Ishak itu bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Januari ini.

Selain Adam, Juvana turut membariskan para pelakon lain antaranya Johan As’ari (Botak), Syazwan Zulkifly (Apek), Sharnaaz Ahmad (Lan Todak), Zahiril Adzim (Daim), Shera Aiyob (Sara) Idzham Ismail (Panjang) dan Adlin Aman Ramlie (Tuan Ali).

Dalam pada itu, Adam mengakui sejak terlibat dalam drama bersiri Juvana yang menjadi fenomena di TV3 dua tahun lalu, dia banyak menerima tawaran memegang watak antagonis dan mula bimbang dengan situasi tersebut.

Adam berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu digelar stereotaip sebaliknya ingin mencuba watak-watak lain yang boleh mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Sejujurnya Juvana telah mengubah kerjaya lakonan saya ke tahap yang lebih jauh apabila ia menjadi siri popular namun apabila terlalu banyak tawaran untuk watak hampir serupa ia agak membimbangkan saya.

"Bukan tiada tawaran watak selain peranan jahat tetapi ia masih kurang dan sebagai pelakon sudah tentu saya mahu menjadi serba boleh dengan membawa pelbagai korektor supaya penonton dalam melihat variasi diri saya di dalam skrin," ujarnya.

Bagaimanapun kata Adam, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai satu alasan untuk dia mengejar cita-citanya dalam bergelar seorang pelakon terbaik.

Sementara itu, Adam berkata, dia berharap filem Juvana akan dapat diterima ramai sebagaimana versi sirinya kerana selain berhibur ia sarat dengan pelbagai mesej yang dapat memberikan pengajaran kepada penonton khususnya golongan remaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain