suria

Tamara Bleszynski Tak Takut Bersaing

Tamara Bleszynki
Tamara Bleszynki
Tamara Bleszynki

WALAUPUN ramai pendatang baru di dunia hiburan Indonesia, ia sedikit pun tidak membuatkan pelakon jelita Tamara Bleszunski, 39, bimbang untuk bersaing.

Menurut laporan portal Kapanlagi, Tamara berkata menjadi diri sendiri antara salah satu kunci untuk dia mempertahankan popularitinya.

"Bunyinya agak klise, tetapi untuk bertahan dalam dunia hiburan, kita haruslah belajar benda yang baru, buka wawasan dan percaya pada kemampuan diri.

"Dengan cara itu kita tidak akan digantikan dengan sesiapa pun," katanya.

Dalam pada itu, Tamara mengakui dia berbangga dengan semangat yang ditunjukkan pelakon-pelakon baru yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita mereka menjadi seorang pelakon yang berkaliber.

"Ketika melakukan penggambaran Air Terjun Pengantin, mereka terlalu bersemangat menunjukkan bakat masing-masing. Ia juga membuatkan saya lebih teruja untuk bekerjasama dengan mereka," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain