suria

Hasrat Adibah Noor Untuk Jadi Deejay Sejak Kecil Tercapai

Adibah bergandingan dengan Halim Othman menerusi slot Ceria Pagi @ Suria setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 5 hingga 10 pagi. Foto SS KANESAN.
Adibah bergandingan dengan Halim Othman menerusi slot Ceria Pagi @ Suria setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 5 hingga 10 pagi. Foto SS KANESAN.
Adibah bergandingan dengan Halim Othman menerusi slot Ceria Pagi @ Suria setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 5 hingga 10 pagi. Foto SS KANESAN.

PETALING JAYA: Hasrat penyanyi Adibah Noor untuk bergelar deejay radio sejak kecil tercapai apabila dia ditawarkan berkhidmat dengan stesen Suria FM bermula Isnin berganding dengan Halim Othman untuk slot Ceria Pagi @ Suria.

Adibah, 42, berkata dia begitu bersyukur kerana cita-cita itu terlaksana juga selepas mendapat tawaran berkenaan selain menganggap ia sebagai satu anjakan dalam kerjayanya.

"Sejak di bangku sekolah lagi saya memang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio dan tidak menyangka hasrat itu akhirnya tercapai tambahan pula bergandingan dengan Halim yang sememangnya kegemaran saya," jelasnya ketika ditemui di studio stesen radio itu selepas selesai program kendalikannya bermula pukul 5 pagi hingga 10 pagi di sini pada Isnin.

Slot Ceria Pagi @ Suria ke udara pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Bercerita pengalaman hari pertama bertugas, Adibah berkata dia sangat gementar namun gembira dapat bergandingan dengan Halim yang cukup berpengalaman.

Mengenai kontraknya sebagai deejay itu katanya, buat masa ini dia hanya mengikat kontrak selama enam bulan dan akan menyambungnya jika ia mendapat respons positif daripada pendengar.

"Walaupun minat tetapi radio bukan bidang saya sebab itu buat permulaan ini saya minta kontrak selama enam bulan dan akan memperbaharuinya jika saya bersesuaian untuk bergelar deejay," katanya.

Dalam pada itu, Adibah memberitahu, penglibatannya sebagai juruhebah radio tidak bererti dia perlu meninggalkan bidang nyanyian dan lakonan sebaliknya akan cuba membahagikan masa sebaiknya untuk mengimbangi kesemua kerjaya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain