suria

Salwa Razak Enggan Layan Gosip Murahan

Salwa mahu menumpukan kepada kerjaya seninya.
Salwa mahu menumpukan kepada kerjaya seninya.
Salwa mahu menumpukan kepada kerjaya seninya.

PETALING JAYA: Penyanyi Salwa Razak enggan melayan gosip murahan atau cerita kurang enak yang dikaitkan dengannya bagi memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya.

Salwa atau nama sebenarnya, Salwa Md Razak, 28, berkata, dia mahu melupakan semua kisah hitam yang pernah tercatat dalam hidupnya sepanjang bergelar artis dan memulakan hidup baru.

"Sebelum ini saya memang tertekan apabila pelbagai gosip yang melanda diri saya dan tidak tahu bagaimana ingin mempertahankan diri namun saya kini sedar ia telah membantu menjadikan saya seorang yang lebih matang.

"Semua kisah yang pernah berlaku saya tidak mahu ingat lagi kerana tahun ini tumpuan saya hanya kepada kerjaya seni," jelasnya kepada mStar Online.

Salwa yang sebelum ini dikenali dengan nama Arrora Salwa popular menerusi lagu Ahmad mengambil keputusan menukar namanya sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan kembali namanya dalam bidang seni.

Selain tuduhan bersekedudukan Salwa juga hangat apabila krisis hubungan dengan keluarga teman lelakinya iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi) hebat diperkatakan.

Dalam pada itu, Salwa yang bakal muncul dalam filem pertamanya, Kerat 14 berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian sebaliknya kedua-dua cabang seni itu akan berjalan seiring.

Salwa berkata, selain nyanyian dan lakonan dia juga mahu mencuba bidang lain seperti pengacaraan jika diberi peluang.

"Tahun 2013 adalah untuk saya menerokai pelbagai perkara yang mungkin saya sendiri tidak sedar boleh lakukannya namun bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan saya selain berlakon," jelasnya.

Sementara itu, Salwa berkata, dia berdebar menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam filem Kerat 14 dan berharap ia akan diterima ramai.

Jelas Salwa, dia berharap kemunculan dalam filem arahan Arjin Uppal itu akan membuka lebih banyak ruang kepadanya dalam bidang lakonan.

Salwa turut memberitahu dia juga bakal muncul dengan single terbarunya berjudul Hidup Baru pada Mac depan selain sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama untuk siaran RTM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain