Afiq (kiri) didakwa cuba menyembunyikan status sebenar hubungan dengan Eina.PETALING JAYA: Aktor Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon Eina Azman sebagai tindakan sabotaj pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerjayanya.Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata ia adalah gosip mengarut kerana dia dan Eina, 18, hanya teman rapat sejak tiga tahun lepas. “Saya rasa (gosip cinta) seolah-olah ada pihak hendak menjatuhkan saya dengan menokok tambah mengenai gambar-gambar kami bersama di Internet.“Hakikatnya kami memang berkawan rapat sejak tiga tahun lepas dan bukannya bercinta seperti yang didakwa,” katanya kepada mStar Online.Gosip yang mendakwa dua pelakon muda itu bercinta hangat diperkatakan apabila gambar-gambar kemesraan mereka tersebar luas di Internet.Malah mereka dikatakan sengaja menafikan percintaan itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.Afiq berkata, dia berasa pelik dengan isu gambar tersebut yang diperbesarkan sehingga timbul dakwaan kononnya dia cuba merahsiakan status sebenar hubungan mereka.Katanya, gambar-gambar tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsi dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong.“Padahal kami hanya suka-suka muat naik gambar-gambar kami bersama bagi mempromosikan projek-projek drama yang kami terlibat, itu sahaja.“Pelik juga apabila ia menjadi isu sampai begini,” katanya yang tidak mahu popular kerana gosip murah sedemikian.Tambah Afiq, ibunya sendiri berasa sangat terkejut dan sukar untuk menerima kontroversi yang tercetus itu.“Bayangkan, ibu saya sangat terkejut dengan gosip itu dan susah nak terimanya sehingga terpaksa saya jelaskan barulah dia tenang,” katanya yang kini bernaung sebagai artis residen syarikat produksi Global Station Sdn Bhd selama setahun.