suria

Katie Holmes Berdebar Mahu Dating

Katie Holmes
Katie Holmes
Katie Holmes

AKTRES Katie Holmes yang telah pun bercerai dengan Tom Cruise pada Jun 2012, mengakui berasa berdebar mahu keluar bersama dengan lelaki lain.

Menurut laporan Showbizspy.com, dia sudah bersedia untuk bertemu dengan lelaki lain, namun enggan kebebasannya untuk hidup solo hilang semula.

"Katie sedang dilema kerana dia mahu berdating, tetapi risau sekiranya perhubungan yang dijalinkan tidak menjadi.

"Dia juga berasa risau adakah dia mampu memberi komitmen sepenuhnya terhadap lelaki lain sedangkan dia bahagia dengan kebebasannya hidup sebagai ibu tunggal," kata sumber.

Bagaimanapun tambah sumber itu lagi, Katie juga rindu untuk mengalami perasaan rindu dan sayang terhadap lelaki yang dicintainya dan tidak mahu hidup sendirian sehingga ke tua.

Artikel Lain