Bruce dan Emma berkahwin pada tahun 2010. PELAKON Bruce Willis mengakui isterinya, Emma Heming adalah seorang ketua di rumah dan beliau sentiasa mendengar kata wanita itu.Bruce bagaimanapun berkata, sikap suka mengarah isterinya itu bukanlah sesuatu yang buruk kerana menyifatkan wanita itu bijak. Malah kata Bruce, beliau juga sering meminta pendapat Emma berhubung pelbagai perkara."Emma sangat bijak dan pandangannya sentiasa saya ambil sebagai serius kerana dia tahu apa yang dikatakannya."Malah dia juga seorang ibu yang cukup baik dan saya sangat cintakannya," jelasnya kepada femalefirst.co.uk.Bruce dan Emma berkahwin pada tahun 2010 dan mempunyai seorang cahaya mata, Mabel, 9 tahun.