Cameron Diaz. PELAKON Cameron Diaz tidak kisah jika wajahnya mula berkedut dan menganggap ia adalah perkara biasa bagi seorang manusia.Cameron, 40, juga gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang berbanding ketika dia berumur 20-an. "Adakah bentuk tubuh saya sekarang berbeza kini? Jawapannya ya, dan saya rasa lebih yakin berbanding ketika muda dahulu."Saya tidak peduli mengenai kedutan pada wajah kerana kini saya rasa lebih berkeyakinan," jelasnya.Dalam pada itu, Cameron berkata, kehidupannya juga berada dalam keadaan baik dan segala pencapaian yang dikecapnya telah membuatkan dia lebih menghargai apa yang dimilikinya."Paling penting adalah keluarga dan rakan-rakan kerana merekalah yang sentiasa membuatkan saya gembira,"jelasnya.