suria

Istimewa Tahun Baru Cina Di TV3

Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen bakal bersiaran pada 10 Februari pukul 10 malam di TV3.
Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen bakal bersiaran pada 10 Februari pukul 10 malam di TV3.
Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen bakal bersiaran pada 10 Februari pukul 10 malam di TV3.

PETALING JAYA: Bagi meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut hari ini, stesen TV3 tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikannya dengan menyediakan dua filem Hong Kong penuh aksi mendebarkan lakonan Donnie Yen menerusi filem Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen dan 14 Blades.

Selain filem menarik, program majalah dan bual bicaran seperti Nona, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini juga bakal menyingkap keistimewaan dan signifikasi sambutan Tahun Baru Cina yang melambangkan titik permulaan baru dalam nasib dan kehidupan kaum Tiong Hua mengikut kalendar qamari.

Malaysia Hari Ini

Ahad, 10 Februari 2013, 8.00 pagi – 10.00 pagi

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, MHI akan menampilkan tetamu istimewa seperti Datuk Jimmy Choo, Lisa Wong, Debbie Goh dan Master Feng Shui, Master David Koh untuk mengetahui apakah persiapan mereka untuk Tahun Baru Cina serta ramalan nasib untuk Tahun Ular.

Bersama barisan hos, Ally Iskandar, Za’im Helmi, Ahmad Fedtri Yahya, Nurul Fariha On dan Nadia Anuar, MHI turut dimeriahkan dengan tarian singa yang sememangnya sinonim dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, MHI juga memaparkan kemeriahan sambutan Rumah Terbuka MCA di Cheras.

Nona

Ahad, 10 Februari 2013, 2.00 petang

Program majalah wanita yang memaparkan isu-isu semasa, keluarga dan gaya hidup wanita hari ini akan bersiaran dari kediaman Amber Chia, model Malaysia yang terkenal di arena fesyen antarabangsa untuk edisi Tahun Baru Cina ini.

Bersama hos program, Fara Fauzana dan Neelofa, Amber Chia akan berkongsi tentang kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kali ini serta keistimewaan Tahun Ular kepada kaum Cina.

Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen

Ahad, 10 Februari 2013, 10.00 malam

Selepas membalas dendam untuk gurunya, Hua Yuanjia, Chen Zhen telah hilang dan sepatutnya ‘mati’ untuk pengetahuan orang ramai. Hakikatnya, Chen Zhen telah meninggalkan China dan menyertai sekumpulan lelaki Cina yang menentang bangsa Jerman di Perancis ketika Perang Dunia Kedua.

Tujuh tahun kemudian, Chen kembali ke China dengan menggunakan identiti Qi Tianyuan, salah seorang rakannya yang terkorban di Perancis.

Di Shanghai, Chen Zhen dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya untuk mendampingi bos Kelab Casablanca, Tycoon Liu yang disyaki mempunyai pakatan dengan tentera Jepun.

Dengan menggunakan topeng hitam bagi merahsiakan identitinya, Chen Zhen telah bekerjasama dengan kapten polis Huang untuk melindungi para pejuang daripada pembunuh Jepun. Apakah yang bakal dilakukan oleh Chen Zhen untuk menyelamatkan keadaan?

Pelakon: Donnie Yen, Shu Qi, Anthony Wong, Huang Bo.

Wanita Hari Ini (WHI)

Isnin & Selasa, 11 & 12 Februari 2013, 12.00 tengahari

Istimewa untuk Tahun Baru Cina, WHI akan bersiaran dari Hotel Istana Kuala Lumpur pada hari Isnin dan Selasa (11 Feb & 12 Feb). Antara topik-topik yang akan dipaparkan ialah signifikasi Tahun Ular (11 Feb) dan khasiat daging itik (12 Feb).

14 Blades

Isnin, 11 Februari 2013, 10.00 malam

Sekitar 600 tahun yang lalu, negeri China diperintah oleh Dinasti Ming, yang membentuk pasukan elit pengawal Kaisar diberi gelaran ‘Jin Yi Wei’ (Pengawal Kerajaan Berjubah). Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak yatim piatu yang dilatih sejak kanak-kanak hingga dewasa.

Setiap Jin Yi Wei diberi senjata sakti iaitu 14 pisau (14 Blades) yang mempunyi fungsi berbeza-beza, di mana 8 pisau digunakan untuk menyeksa lawan, 5 pisau untuk membunuh lawan dan 1 pisau dari emas digunakan untuk membunuh diri jika misi gagal.

Masalah bermula ketika Qing Long, seorang komander Jin Yi Wei memberontak terhadap maharaja dan menjalinkan kerjasama dengan Jia Jingzhong, ‘orang dalam’ Istana. Dia berhasrat untuk membunuh Zhao Shenyan dan merampas ‘kotak’ yang kononnya mengandungi senarai nama pengkhianat kerajaan seterusnya menjadi pemerintah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Pelakon: Donnie Yen, Zhao Wei, Wu Zun, Kate Tsui, Qi Yuwu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain