Awi tampil dengan album terbaru berjudul Asalkan Aku OK!. Foto NORAFIFI EHSAN.KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafael telah mencipta sebuah lagu berunsur ketuhanan yang berjudul Dewa dalam album terbaharunya, Asalkan Aku Ok!Awi, 27, berkata, lagu tersebut bukan berkisar mengenai kekesalannya terhadap beberapa kontroversi menghimpitnya sebelum ini tetapi lebih kepada memberikannya ketenangan dalam segala aspek kehidupan. "Lagu tersebut adalah paling bermakna kepada saya sepanjang pembikinan album tersebut hujung tahun lalu."Ia bukanlah mengenai kontroversi yang melanda saya tetapi ingin berkongsi ketenangan dengan para peminat," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) di sini pada Jumaat.Awi juga sempat mengadakan persembahan yang diiringi penuntut jurusan muzik akademi itu menerusi enam buah lagu.Dalam pada itu, Awi berkata, album yang mengandungi sembilan buah lagu itu secara keseluruhannya menceritakan tentang kehidupannya yang berada pada tahap semakin baik pada ketika ini.Awi berkata, dia menulis sendiri semua lirik lagu selain membantu aspek penerbitan album yang turut mendapat khidmat Hang Dimas dan Aiyad Sakti."Ia ekspresi tentang kehidupan dan saya mahu mencipta sendiri semua lirik kerana mahu pendengar merasai apa yang ingin saya sampaikan dengan lebih mendalam," katanya.Sementara itu, Awi berkata, dia juga gembira apabila sebuah kumpulan dari Indonesia iaitu Juwita akan merakamkan kembali lagu popularnya, Pulanglah untuk pasaran negara itu.Katanya, sebagai penulis lirik dan pencipta lagu dia amat berbesar hati apabila ada pihak sudi berbuat demikian."Walaupun masih belum dapat peluang untuk mencipta nama di Indonesia tetap sekurang-kurangnya kebolehan saya mencipta lagu mendapat perhatian di sana," jelasnya.