BeyonceLOS ANGELES: Penyanyi Beyonce berkata dia mengambil langkah berhati-hati mengenai perjalanan kerjayanya kerana mahu ia menjadi contoh terbaik kepada anak perempuannya, Blue Ivy kelak.“Saya yang mengawal apa yang saya lakukan (kerjaya) dan mengumpulkannya sebagai arkib untuk tatapan anak nanti. “Saya perlu memastikan dia memiliki (arkib) dan menghormatinya tetapi arkib mungkin tidak akan memadai bagi seseorang yang berpengaruh (artis),” katanya seperti dipetik thesun.co.uk.Isteri kepada bintang rap, Jay Z ini melahirkan anak pertama mereka Blue Ivy Carter pada 8 Januari tahun lalu.