suria

Isteri Bosan Hugh Jackman Dituduh Gay

Hugh Jackman (kiri) di samping isterinya, Deborra-Lee Furness pada sebuah majlis baru-baru ini.
Hugh Jackman (kiri) di samping isterinya, Deborra-Lee Furness pada sebuah majlis baru-baru ini.
Hugh Jackman (kiri) di samping isterinya, Deborra-Lee Furness pada sebuah majlis baru-baru ini.

LOS ANGELES: Isteri kepada aktor Hugh Jackman iaitu Deborra-Lee Furness berasa bosan dan bimbang kerana terus mendengar khabar angin kononnya suaminya seorang lelaki homoseksual.

Lee-Furness berkata, mereka masih diselubungi khabar angin itu walaupun sudah berkahwin sejak 1996.

Desas-desus itu, katanya, semakin diperkatakan selepas Jackman membintangi watak ikon lelaki gay Peter Allen pada pementasan muzikal Broadway berjudul The Boy From Oz.

Menurut laporan hollywoodreporter.com, spekulasi yang berlanjutan mengenai perkara itu mengecewakan isterinya.

“Khabar angin itu kembali diperkatakan baru-baru ini dan menimbulkan kemarahannya (isteri).

“Dia (isteri) berkata, ‘Ia (gosip) sangat besar dan meluas (di internet),” kata Jackman.

Artikel Lain