suria

Peluang Wakili Negara ke Digista Teens International 2013

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuka peluang kepada sesiapa yang kreatif dan berbakat dalam menghasilkan seni karya seperti 3D dan 2D untuk menghantar karya animasi terbaik sekaligus melayakkan diri mewakili negara ke Digista Teens International 2013 yang bakal berlangsung kelak.

RTM menerbitkan Digista Teens sebuah program berbentuk majalah dalam bidang seni digital yang menyumbang dalam mengetengahkan bakat dan kepakaran masyarakat khususnya kepada generasi muda.

Ia sekaligus dapat memupuk dan memberi inspirasi kepada golongan muda Malaysia dalam mewujud dan menyatakan sendiri ekspresi mereka menggunakan seni digital sebagai medium ungkapan. Begitu juga ianya dapat mengetengahkan teknologi digital terbaharu kepada golongan muda.

Konsep dan idea fokus program ini menjurus kepada keupayaan golongan muda untuk mengetengahkan bakat dan idea dengan dibantu oleh pakar dalam sesuatu bidang, memperkenalkan individu yang diiktiraf kepakarannya dalam seni digital di Malaysia, memberi maklumat dan pengetahuan kepada golongan muda juga memberi maklumat dan pengetahuan kepada golongan muda tentang kepentingan seni digital dan teknologi sejajar dengan saranan kerajaan untuk memantapkan Industri Kreatif Negara.

Syarat-syarat penyertaan mestilah berumur 12 hingga 21 tahun, warganegara Malaysia, tema bebas, durasi karya seni (artwork) 30 – 60 saat dan idea yang dihasilkan hendaklah asli dan tarikh tutup penyertaan pada 8 Mac 2013.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghantarkan butiran diri, idea, dan papan cerita (storyboard) kepada Penerbit Rancangan Digista Teens, Tingkat 4 Wisma TV, 50614 Angkasapuri Kuala Lumpur juga menerusi [email protected] atau Facebook Digista Teens Malaysia.

Artikel Berikut

Artikel Lain