suria

Kecil Hati Punca Aeril Zafrel Tinggalkan MIG

Aeril ambil keputusan untuk berdikari kerana berkecil hati dengan layanan MIG selepas dua tahun.
Aeril ambil keputusan untuk berdikari kerana berkecil hati dengan layanan MIG selepas dua tahun.
Aeril ambil keputusan untuk berdikari kerana berkecil hati dengan layanan MIG selepas dua tahun.

PETALING JAYA: Pelakon muda Aeril Zafrel tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG selepas dia mengambil keputusan untuk berdikari sejak awal tahun ini.

Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang disifatkannya sangat peribadi.

Selain merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’, dia juga berkecil hati dan tidak menyenangi ‘budaya’ kerja yang diamalkan syarikat tersebut.

“Banyak perkara yang berlaku menyebabkan saya kurang gembira dan berkecil hati. Budaya dan politik kotor segelintir staf banyak telah mempengaruhi keputusan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) yang sangat saya hormati.

“Bahkan saya juga tidak senang apabila urusan peribadi dicampuri dan dikawal sehingga saya berasa seperti anak kecil walhal ia tidak menjejaskan prestasi dan komitmen saya pada kerja,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Jumaat.

Aeril berkata, dia mengambil keputusan untuk keluar dari MIG selepas mendapat keputusan dan kebenaran secara lisan daripada David Teo sendiri.

“Sebelum ini saya dan David (Teo) pernah berbincang mengenai hasrat ini. Beliau berkata saya akan dilepaskan selepas menyiapkan komitmen filem terakhir 99 Kali Rindu yang tamat penggambaran pada hujung tahun lalu.

“Malah, sejak awal tahun ini saya sudah terbabit dengan beberapa telefilem dan drama secara berdikari kerana merasakan banyak janji yang tidak ditepati,” jelasnya.

Aeril yang kini berada di Brunei untuk filem terbaharunya berkata, dia sedang sibuk membuat persiapan bagi filem yang membabitkan dua lagi negara jiran iaitu Indonesia dan Singapura.

Katanya, dalam filem aksi itu dia bakal digandingkan di samping aktor Indonesia Reza Rahadian, penyanyi M. Nasir, aktres Nabila Huda dan seorang aktres baharu Brunei.

“Saya sedang berlatih silat di bawah bimbingan jaguh silat antarabangsa Brunei.

“Insya-Allah, jika tiada aral filem ini akan memulakan penggambaran pada Mac depan di beberapa lokasi di negara ini,” kongsinya.

Artikel Berikut

Artikel Lain