suria

Hanya Artis Yang Tak Ada Otak Kutuk Saya - David Teo

David Teo
David Teo
David Teo

PETALING JAYA: Penerbit David Teo menganggap mana-mana bekas artis naungan Metrowealth International Group (MIG) yang mengutuk pengurusan syarikatnya disifatkan sebagai 'tidak ada otak'.

David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MIG berkata, dia pelik apabila sebilangan kecil bekas artis MIG sering mengkritik cara pengurusan syarikatnya yang kononnya penuh dengan mainan politik sedangkan artis-artis lain MIG hampir kesemuanya berjaya dalam industri seni tempatan.

"Pada pendapat saya hanya artis yang tidak ada otak yang kutuk saya sedangkan yang ada otak atau dalam erti kata lain yang bijak elok sahaja dengan MIG.

"Cuba lihat contoh seperti Lisa Surihani, Maya Karin dan Farid Kamil, mereka tidak pernah memberi masalah dan kami juga senang bekerjasama dengan mereka.

"Artis baru seperti Wawa Zainal, kami juga senang bekerjasama dengannya. Tidak ada pula saya dengar mereka tidak puas hati dengan MIG," katanya.

David diminta mengulas kenyataan Aeril Zafrel pada 23 Februari lalu yang merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir staf MIG.

Malah budaya dan politik kotor pekerja syarikat itu dikatakan banyak telah mempengaruhi keputusan David Teo dan pada masa sama dikatakan telah mencampuri urusan peribadi Aeril sehingga dirinya berasa seperti anak kecil.

Beritahu David, Aeril tidak sepatutnya membuat kenyataan sebegitu kerana boleh dikenakan tindakan jika pihak syarikatnya ingin berbuat demikian.

"Sebagai syarikat pengurusan, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga dan menyimpan segala rahsia artis-artis kami.

"Tetapi sayangnya, mana-mana yang keluar daripada MIG, ada yang mengutuk kami pula.

"Dan kepada Aeril, tahukah dia banyak rahsianya yang pihak kami simpan? Jika saya buat kenyataan, pasti dia juga yang malu. Malah kontrak dia dan pihak kami juga belum lagi tamat sebenarnya," ujarnya.

Tambah David, kebanyakkan artis muda terlalu cepat melatah sekiranya tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara dan berharap agar mereka (pelakon muda) belajar daripada artis-artis senior yang bijak menangani masalah tanpa membuat kenyataan yang mengundang bahaya pada diri sendiri.

Artikel Lain