Arvind GorasiaPETALING JAYA: Peluang yang diterima oleh bakat baru, Arvind Gorasia untuk menyertai kelab badminton di New Zealand terpaksa ditolak gara-gara hasratnya untuk bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon.Jejaka berusia 20 tahun ini berkata, dia membuat keputusan itu kerana cintanya dalam dunia seni lebih mendalam walaupun dalam masa yang sama turut bergiat aktif dalam sukan berkenaan sejak di bangku sekolah. “Ramai orang yang berkata saya menolak tuah kerana tidak menerima tawaran menyertai kelab badminton di New Zealand itu tetapi saya percaya kepada peluang dan masa depan yang cerah sekiranya saya bergelar seorang pelakon,” katanya dalam satu pertemuan dengan mStar Online.Anak sulung daripada lima beradik ini berkata, sejak berusia 14 tahun lagi dia sudah aktif dalam sukan itu sehingga berjaya mewakili Kuala Lumpur pada peringkat kebangsaan.Bagaimanapun selepas mendapat peluang membintangi drama berjudul Kisah Kita pada tahun lalu untuk siaran TVi, minat terhadap dunia seni semakin membara selain merasakan banyak kelebihan yang ada padanya untuk bergelar pelakon.Arvind yang berdarah campuran antara Portugis, Cina dan Hindustan ini berkata, selain fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris dia juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dengan baik.Ujarnya perkara itu adalah faktor yang menarik jika terdapat mana-mana syarikat produksi yang ingin mempelbagaikan watak dalam karya mereka sesuai dengan kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.“Saya bergaul dengan semua lapisan bangsa serta mempunyai ramai rakan berbangsa Cina dan Melayu. Sebab itulah saya boleh menguasai kedua-dua medium bahasa itu dengan baik,” katanya.Ditanya kenapa dia memilih untuk aktif dalam dunia seni Melayu Arvind berkata, ia disebabkan masyarakat Melayu memberi perhatian besar terhadap dunia seni mereka berbanding bangsa lain yang lebih menumpukan dunia seni masing-masing Hong Kong ataupun India.Tambahnya, sejak aktif dalam dunia seni, dia sudah terlibat dengan hampir 10 buah drama termasuk iklan komersial sebagai pelakon utama, pembantu dan juga tambahan.Selain Kisah Kita, antara karya lain dia terlibat ialah Natijah, My Hometown Gigi Putih, Kelas Sebelah dan drama .Selain itu lebih menarik lagi Arvind juga pandai memasak serta membuat gubahan.“Percaya atau tidak saya pandai membuat cup cake serta boleh menggubah bunga. Semuanya saya pelajari daripada ibu saya yang merupakan seorang mak andam,” katanya.BIODATANama penuh: Arvind GorasiaNama panggilan: ArvindTarikh lahir: 24 November 1993Agama: HinduBerat: 66 kilogramTinggi: 184 sentimeterFacebook: Arvind GorasiaTwitter: vin_max6Instragram: arvindrynnPENGALAMAN SENI:1. Kisah Kita – TVi (2011)2. Natijah – TVi (2012)3. My Hometown Gigi Putih – My Hometown Channel (2012)4. Iklan Guardian – (2012)5. Iklan Malaysia Airlines – (2012)6. Julia – TV3 (2013)7. Kelas Sebelah – RTM1 (2013)