suria

Umie Aida Masih Usaha Untuk Dapat Anak

Umie Aida
Umie Aida
Umie Aida

PETALING JAYA: Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Pelakon Datin Umie Aida, 40, mengakui masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Kata Umie, dia ada mencuba pelbagai rawatan dan ubat-ubatan termasuk cara tradisional dan moden sebagai cara dikurniakan cahaya mata.

"Alhamdulillah sudah masuk tahun ketiga perkahwinan kami, tentang anak memang saya masih mengharapkan untuk mendapat cahaya mata sendiri.

"Saya berusaha cara tradisional dan ambil pil hormon namun itu semua soal rezeki daripada Allah," katanya ketika ditemui ketika pratonton filem Sembunyi:Amukan Azazil, baru-baru ini.

Umie mempunyai dua orang anak angkat, Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.

Jelas Umie, kegiatan aktif dalam kerja dan aktiviti sukan turut menjadi salah satu punca kesukarannya untuk hamil.

"Saya seorang yang tidak pandai untuk duduk diam di rumah, saya suka bersukan dan main badminton bersama kawan-kawan.

"Doktor pula menasihatkan agar lebih banyak berehat dirumah dan tidak boleh terlalu aktif," katanya.

Bagaimanapun, Umie berkata dia kini mengehadkan aktiviti lakonan dan menumpukan hal keluarga dan aktiviti sukan.

"Saya kurang berlakon, saya akan berlakon jika saya rasa rindu dan bergantung kepada watak yang ditawarkan.

"Kebanyakan masa lapang saya hanya tertumpu kepada keluarga dan aktiviti sukan," katanya yang turut mempunyai kelab sukan sendiri yang dianggotai oleh rakan-rakan artis.

Dalam pada itu, bercerita tentang lakonannya dalam filem Sembunyi:Amukan Azazil, Umie berkata cabaran utama adalah terpaksa mengenakan solekan tebal.

"Solekan mengunakan silikon yang tebal sangat memeritkan dan terpaksa dipakai dalam tempoh yang lama.

"Selain itu juga cabaran adalah memberi kelainan terhadap lakonan saya, saya tidak mahu ia kelihatan seperti lakonan di filem sebelum ini," katanya.

Filem seram garapan pengarah Kabir Bhatia ini bakal ditayangkan pada 28 Mac depan.

Artikel Lain