suria

Britney Spears Hulur RM62 Kepada Pengemis

Britney Spears
Britney Spears
Britney Spears

PENYANYI Britney Spears telah menunjukkan keprihatinannya terhadap golongan gelandangan apabila dia membantu memberikan RM62 (AS$20) kepada setiap seorang pengemis.

Menurut laporan portal Digital Spy, Britney memberikan wang tersebut selepas seorang pengemis datang kepadanya meminta pertolongan.

"Tolong bantu saya, saya sudah tidak punya wang," kata pengemis tersebut ketika bertemu penyanyi itu di sebuah farmasi di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Britney pada ketika itu terus menuju ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan memberikan AS$20 kepada pengemis itu.

Sebagai tanda ucapan terima kasih, pengemis berkenaan memeluk bintang itu.

Bagaimanapun salah faham telah berlaku apabila pengawal peribadi Britney merampas semula wang berkenaan dan penyanyi itu segera mencegah tindakan pengawal tersebut.

"Britney terus menjerit dengan berkata 'No..no.. Kembalikan wang itu, saya yang beri kepadanya'.

"Kadangkala Britney terkenal dengan kelakuan 'divanya’, namun hatinya baik kerana sentiasa membantu golongan yang susah," kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain