Christina AguileraPENYANYI Christina Aguilera menyarankan agar Justin Bieber berhenti daripada duni selebriti untuk seketika apabila melihat pelbagai masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.Menurut laporan portal The Sun, penyanyi lagu Genie In The Bottle itu menganggap Justin perlu berehat daripada lensa kamera yang sentiasa mengejarnya sehingga telah menganggu emosi penyanyi muda itu. "Bukan mudah untuk melalui kehidupan yang sentiasa berdepan dengan kamera-kamera yang entah dari mana mereka muncul (paparazzi)."Ambillah masa untuk bersendirian dan kamu akan belajar seiring dengan usia kamu yang sedang melalui proses alam dewasa. Segarkan fikiran dan kembangkan inspirasi dalam berkarya," nasihat Christina kepada Justin.Christina menambah, dia sangat memahami situasi Justin di mana dia juga pernah melalui tekanan sebagai seorang selebriti muda.Malah dia juga berharap agar Justin cepat menghilangkan diri buat seketika sebelum kariernya hancur gara-gara kelakuan sendiri.