Kanye dan Kim KardashianPENYANYI rap Kanye West tidak membenarkan kekasihnya Kim Kardashian menjalani pembedahan sedut lemak yang dikenali sebagai 'Tummy Tuck' selepas proses bersalin nanti.Menurut laporan portal The Sun, ini kerana Kanye masih lagi trauma dengan kematian ibunya, Donda, pada tahun 2007 yang juga menjalani pembedahan plastik pada ketika itu. "Kim ingin kembali langsing seperti dahulu dan ingin menjalani pembedahan 'Tummy Tuck'. Namun Kanye pula melarang Kim berbuat demikian kerana masih lagi trauma dengan kematian ibunya."Malah Kanye siap berkata kepada kekasihnya bahawa dia tidak kisah dengan perubahan tubuh badan Kim walaupun semakin membesar selepas bersalin nanti," kata sumber.'Tummy Tuck' merupakan sebuah pembedahan yang membentuk perut menjadi lebih langsing. Selama ini Kim sering tidak senang dengan bentuk tubuhnya sepanjang kehamilannya.