Barisan pelakon drama Dahlia. Dari Kiri; Hans Isaac, Dira, Raja Ilya dan Faizal Hussein. KUALA LUMPUR: Drama bersiri terbaharu iaitu Dahlia bakal menampilkan lakonan mantap daripada pelakon-pelakon popular tanah air iaitu Dira Abu Zahar, Hans Isaac, Faizal Hussein dan Raja Ilya.Menurut Penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa, pemilihan pelakon itu adalah berdasarkan karakter yang dicipta khas dalam drama ini. "Alhamdulillah kita pilih pelakon-pelakon terbaik dan tepat dengan watak-watak dalam drama ini, saya yakin ia pasti hebat."Hans Isaac, Faizal dan Dira sudah lama tidak muncul di televisyen terutamanya untuk drama bersiri," ujarnya pada sidang media pelancaran drama itu di sini, pada Jumaat.Jelas Zaiton drama 40 episod ini mengangkat martabat kekuatan wanita yang bergelar isteri dalam menempuhi kehidupan rumah tangga.Tambahnya, penggambaran dilakukan di Kuala Lumpur dan Phuket, Thailand.Sementara itu, Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Hashim berkata saluran tersebut akan terus mengekalkan sajian drama-drama hebat kepada penonton."Selepas kejayaan Adam dan Hawa, dan drama Sehangat Asmara turut mendapat sambutan daripada penonton, kini giliran Dahlia pula menyusul."Kami bukan hanya membariskan pelakon terbaik tanah air, namun hadir dengan karya terhebat dan produksi yang berpengalaman," ujarnya.Dahlia mengisahkan kehidupan seorang wanita terpaksa berhadapan dengan suami yang curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina semula hidup baru.Ia akan menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam bermula 22 April ini di Saluran Mestika HD (saluran134.).