suria

Buat Baik Dengan Peminat Punca Shaheizy Sam Menang ABPBH 2012

Shaheizy Sam. Foto CHAN TAK KONG
Shaheizy Sam. Foto CHAN TAK KONG
Shaheizy Sam. Foto CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam menganggap kejayaannya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad disebabkan oleh ikatan hubungan yang dijalinkan dengan peminat-peminatnya.

Malah, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 31, berkata, dia telah memasak sendiri beberapa jenis lauk khas buat 100 orang peminat yang datang ke acara berprestij itu di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini, sebagai tanda terima kasih kerana menjadi penyokong tegarnya.

"Jujur dikatakan, saya tidak sangka masih lagi mampu meraih gelaran Bintang Paling Popular walaupun sudah sembilan bulan saya berehat daripada bekerja pada tahun lalu.

"Saya menganggap ini semua kerana jalinan hubungan saya dengan para peminat yang boleh dikira akrab.

"Malah saya siap masak dan bungkus sendiri makanan buat mereka yang sanggup hadir ke ABPBH 2012 demi menyokong saya. Rasanya tanpa mereka, saya tidak akan berjaya seperti ini," katanya yang ditemui selepas acara tersebut.

Tambah Sam yang turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular itu, dia juga sering meluangkan waktu membalas mesej-mesej peminat di Twitter selain menganjurkan aktiviti-aktiviti kecil bersama peminat.

Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010.

Kemenangan itu membolehkan Sam membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Coupe 370Z sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Dalam pada itu, Sam turut menasihatkan para selebriti lain untuk menghargai para peminat dengan menjalinkan ikatan perhubungan yang lebih akrab.

"Ketika mengambil anugerah, saya rasa seperti seorang jeneral pula. Para peminat sebagai rekrut saya di mana kami seperti baru lepas menang dalam pertempuran," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain