Lee Hyori PENYANYI Seksi K-Pop, Lee Hyori bakal kembali dengan album terbaru pada Mei ini.Menurut syarikat rakamannya B2M Entertaiment, penyanyi itu kini sedang sibuk dengan penggambaran video klip untuk dua single terbarunya. "Hyori akan mengeluarkan album baru pada bulan Mei ini, namun buta masa ini kami belum tahu lagu utama yang akan dikeluarkan dahulu."Namun peminat mengharapkan lagu rancak dengan tarian, malah Hyori sedang dalam perancangan untuk mengadakan konsert selepas pelancaran album barunya itu," katanya.Dalam pada itu, album terbaru Hyori ini juga mengandungi pelbagai genre muzik menarik. Ia merupakan album kelima Hyori selepas album keempat dilancarkan tiga tahun lalu.