Dina muncul dengan single terbaharu berjudul Wanita Besi.PETALING JAYA:Penyampai radio Era FM, Dina Nadzir memberitahu pernah berhasrat untuk melupakan kariernya sebagai penyanyi selepas kecewa dengan diskriminasi masyarakat terhadap berat badannya.Dina, 28, berkata, dia kecewa apabila berat badannya sentiasa dijadikan isu dan bukan bakat nyanyian yang dimilikinya. "Sembilan tahun saya bergelar penyanyi dan ada ketikanya saya jadi seorang yang berputus asa kerana diskriminasi masyarakat yang masih tidak boleh menerima bentuk fizikal seperti saya."Sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk bergelar deejay di Era FM," katanya kepada mStar Online.Bagaimanapun kata Dina, dia sedar berputus asa bukan jalan terbaik dan tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada begitu sahaja.Dalam pada itu Dina bakal melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada peminat.Malah katanya, single pertama album itu berjudul Wanita Besi telah pun dilancarkan secara eksklusif di Era FM. Album itu bakal memuatkan 13 buah lagu."Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana sedar nyanyian adalah minat saya dan tidak mahu sia-siakan bakat yang ada."Jadi album ini adalah sebagai satu usaha untuk terus kekal sebagai penyanyi dan saya lega apabila lagu itu diterima dengan baik oleh peminat," jelasnya.Sementara itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam bidang pengacaraan televisyen dan majlis korporat, ia berlaku secara tidak sengaja.Malah katanya, dia tidak menyedari mempunyai bakat dalam bidang tersebut namun mengakui kerjaya itu sesuai dengan personalitinya."Saya sebenarnya tidak sedar boleh menjadi pengacara untuk program televisyen dan majlis korporat kerana tiada bakat ke arah itu tetapi setelah mencuba saya rasa seronok dan semakin selesa," jelasnya.