Tasha berkata hubungannya dengan Mahali masih belum ditahap serius namun selesa berkawan dengannya. Foto ART CHENSHAH ALAM: Pelakon Tasha Shilla mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi pemain bola kebangsaan iaitu Mahali Jasuli sejak lima bulan lalu.Tasha bagaimanapun berkata, hubungan itu masih belum ditahap serius namun selesa berkawan dengan Mahali. "Saya selesa berkawan dengan dia kerana Mahali seorang lelaki yang jujur, kelakar selain baik hati dan pemalu."Bagaimanapun hubungan kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain," jelasnya ketika ditemui di set penggambaran drama Epilog Cinta di sini, Rabu.Hubungan mereka berdua mula hangat diperkatakan selepas Mahali membuat pengakuan bahawa dia sangat meminati lakonan Tasha menerusi rancangan "Meletop" yang disiarkan di Astro Ria.Dalam pada itu, Tasha berkata, masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.Malah kata Tasha, dia tidak mahu kisahnya dengan Mahali terlalu digembar-gemburkan kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk di kemudian hari."Saya sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka bercakap mengenai soal cinta kerana masih terlalu awal untuk ke arah itu."Buat masa sekarang kami berkawan dan jika hendak cerita lanjut pun tiada apa yang boleh saya kongsikan," jelasnya.Bagaimanapun Tasha tidak menafikan dia ada keluar bersama Mahali sejak berkenalan.Dalam perkembangan lain, Tasha berkata selain sibuk di lokasi drama bersiri Epilog Cinta dia juga akan terlibat sebagai pengacara karpet merah Anugerah Blockbuster yang akan diadakan pada Mei depan.Tasha memberitahu selepas acara itu dia akan berangkat ke Paris untuk bercuti bersama-sama peminat.Lawatan itu turut disertai oleh pelakon Fathia dan Fizo Omar.