suria

Astrid & suami Bahagi Tugas Jaga Anak

Astrid dan suaminya bekerjasama dalam menguruskan anak sulung mereka yang kini berusia tiga bulan.
Astrid dan suaminya bekerjasama dalam menguruskan anak sulung mereka yang kini berusia tiga bulan.
Astrid dan suaminya bekerjasama dalam menguruskan anak sulung mereka yang kini berusia tiga bulan.

SEBAGAI pasangan suami isteri, penyanyi Astrid Sartiasari dan Arlan Djoewarsa memiliki peranan masing-masing dalam menjaga anak mereka yang kini berusia tiga bulan, Alec Djuara Djuwarsa.

"Kebiasaannya setiap malam suami akan mengambil alih tugas menukar lampin Alec sementara saya akan bertanggungjawab memberinya susu jika dia lapar," katanya.

Tambah Astrid, kehadiran Alec telah mengubah pola kehidupan mereka dan tidak boleh berenggang lama dengan buah hatinya itu.

"Sejak ada anak saya banyak berubah dan sentiasa ingin cepat pulang ke rumah selepas selesai sesuatu tugas," katanya.

Astrid berkata, anaknya itu juga sudah mula mengenali wajahnya dan Arlan dan sentiasa menangis jika tahu mereka akan keluar bekerja.

Artikel Lain