suria

Kelly Rowland Tidak Bersedia Jadi Ibu

Kelly belum bersedia untuk berkongsi kehidupannya dengan orang lain.
Kelly belum bersedia untuk berkongsi kehidupannya dengan orang lain.
Kelly belum bersedia untuk berkongsi kehidupannya dengan orang lain.

PENYANYI Kelly Rowland mengakui masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu kerana selesa hidup bersendirian.

Bintang berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak yakin dapat berkongsi kehidupannya bersama orang lain kerana sibuk dengan karier nyanyiannya.

"Terus terang saya belum bersedia untuk memulakan keluarga kerana kini sedikit mementingkan diri tentang kehidupan dan kerjaya saya.

"Saya suka dengan kehidupan sekarang yang mana saya boleh bangun lewat atau buat apa yang saya suka tanpa memikirkan tentang tanggungjawab lain.

"Dalam erti kata lain saya tidak bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan orang lain dan tidak mahu merosakkannya jika berbuat demikian," jelasnya kepada E Online.

Kelly yang juga bekas anggota kumpulan Destiny's Child semakin menyerlah sebagai penyanyi solo.

Artikel Lain