suria

Kim Kardashian & Kris Humphries Rasmi Bercerai

Kim Kardashian
Kim Kardashian
Kim Kardashian

AKHIRNYA Kim Kardashian dan Kris Humphries secara rasminya bercerai selepas kedua-dua mereka bersepakat menandatangani surat penceraian di mahkamah Los Angeles.

Menurut laporan portal Dailymail, sebelum itu, hakim yang bernama Hank Goldberg telah bertanya adakah ada kemungkinan Kim dan Kris mahu melanjutkan perkahwinan mereka, dan kedua-duanya menggelengkan kepala tanda tidak.

Kim dan Kris sama-sama lega selepas agak lama menantikan kes penceraian mereka selesai dimana prosesnya mengambil masa 536 hari, berbanding dengan tempoh perkahwinan mereka yang hanya 72 hari.

Malah keadaan itu turut membuatkan kekasih Kim, penyanyi rap Kanye West lega dengan berita penceraian itu. Ia lebih memudahkannya untuk mengahwini bintang Keeping Up With The Kardashians itu.

Kim kini sedang mengandung tujuh bulan, hasil hubungannya dengan Kanye.

Artikel Lain