Raja Azmi sering dikaitkan dengan kontroversi. PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman berharap beliau tidak akan menjadi sasaran dengan isu kontroversi apabila karya terbaharunya, Anak Ikan ditayangkan kelak.Raja Azmi berkata, beliau berharap masyarakat dan penonton akan menilai karya tersebut dan bukan memberi fokus kepadanya sebagai seorang penerbit. "Dari dahulu lagi senarionya begitu. Setiap kali saya tampil dengan filem yang terpalit dengan kontroversi adalah saya dan bukannya filem tersebut."Jadi harap-harap selepas ini tumpuan dapat diberikan kepada karya saya kerana jalan ceritanya yang mempunyai kelainan berbanding tajuk sedia ada," jelasnya kepada mStar Online.Bagaimanapun kata Raja Azmi, dia tidak menafikan kontroversi dapat membantunya mempromosikan sesebuah filem itu.Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu pihaknya juga telah memilih barisan pelakon untuk filem berkenaan dan akan mengumumkan nama mereka dalam masa terdekat.Katanya, filem Anak Ikan akan menampilkan tiga orang pelakon utama dan memberitahu berpuas hati dengan pemilihan tersebut."Selepas lama mencari akhirnya jumpa tiga orang pelakon yang sesuai untuk membawakan watak 'anak ikan' dalam filem berkenaan," jelasnya.Sementara itu, Raja Azmi berkata, penggambaran filem berkenaan akan dibuat pada bulan Mei depan dan buat masa ini ia masih pada peringkat pra-produksi."Alhamdulillah akhirnya sudah boleh menjalani penggambaran selepas masalah bajet dan kos telah selesai," ujarnya.Anak Ikan yang mengangkat genre seram fiksyen mengisahkan mengenai sumpahan sebuah kolam yang mempunyai anak ikan dan bertukar menjadi manusia.Sebelum ini Raja Azmi menimbulkan kontroversi terhadap penerbitan filem ... Dalam Botol yang menampilkan kisah hubungan sejenis.