Ryan SeacrestPENGACARA dan penerbit Ryan Seacrest merasakan dia sudah tidak relevan sekiranya muncul dalam program berbentuk realiti TV (televisyen) memaparkan tentang kisah kehidupannya.Menerusi laporan portal Newkerala, penerbit program realiti yang Keeping Up With The Kardashians and Married To Jonas itu berkata, kisah kehidupannya tidak menarik langsung untuk disaksikan kepada umum. "Saya tidak mungkin akan menerbitkan program realiti sendiri. Saya percaya tidak ada sesiapa yang akan menonton kerana saya seorang lelaki yang membosankan," katanya.Sementara itu, Ryan yang kini berusia 38 tahun itu berkata, dia lebih senang menerbit dan mengacara program American Idol (kini memasuki musim ke 12).Katanya, American Idol pada musim kali ini lebih menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila dan bergandingan dengan barisan juri profesional Mariah Carey, Nicky Minaj, Keith Urban dan Randy Jackson."Tahun ini, American Idol dipenuhi dengan juri yang bergaya. Mereka seperti telah mewarnaka program ini dengan pemakaian menarik masing-masing," selorohnya.